Akaun tripfair.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PENDAFTARAN WAKIL JUALAN TRIPFAIR TRAVEL

PENDAFTARAN WAKIL JUALAN TRIPFAIR TRAVEL

SYARAT DAN TERMA:


Terma dan Syarat

  1. Sila baca dan fahami terma dan syarat wakil jualan ini dengan teliti. Wakil Jualan adalah individu yang mewakili Tripfair Travel untuk tujuan promosi dan pengurusan tempahan. Pelanggan adalah individu yang mendaftar sebagai pembeli kepada wakil jualan.

  2. Yuran pendaftaran sebagai wakil jualan Tripfair  Travel adalah percuma.

  3. Wakil jualan perlu komited, bersungguh, jujur, amanah dan berhasrat ingin meningkatkan taraf kehidupan wakil jualan.

  4. Wakil jualan perlu mengisi borang pendaftaran. Segala butiran wajib diisi dengan maklumat yang tepat dan sahih. Setelah borang dihantar, pihak Tripfair Travel Sdn Bhd akan membuat Perakuan dan Pengesahan bahawa anda adalah wakil jualan yang SAH dan layak mendapat insentif (komisen) yang ditetapkan. Sekiranya anda memberi maklumat yang palsu, pihak pengurusan akan menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan.

  5. Wakil jualan Trip Travel yang berdaftar secara sah akan mendapat NOMBOR TFID wakil jualan (Contoh: TF100) sebelum memulakan sebarang aktiviti promosi produk Tripfair Travel.

  6. Wakil jualan yang berdaftar juga akan dimasukkan ke dalam kumpulan sokongan jualan melalui aplikasi Whatsapp bagi memudahkan urusan penerimaan maklumat daripada pihak pengurusan.

  7. Mana-mana wakil jualan Talam Travel bebas menjalankan strategi pemasaran dan promosi sendiri, di mana semua alat bantu promosi seperti maklumat produk, risalah, ‘banner’, bunting dan sebarang butiran yang diperlukan untuk tujuan pengiklanan akan dibekalkan oleh syarikat.

  8. Kos bahan promosi adalah ditanggung oleh wakil jualan. Wakil jualan mestilah membuat tempahan kepada syarikat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

  9. Wakil jualan bertanggungjawab ke atas pengambilan bahan promosi.
    Mana-mana wakil jualan yang berdaftar bebas menjalankan aktiviti jualan dan promosi dimana-mana sahaja tanpa sebarang had kawasan pemasaran.
    Segala gambar dan video promosi serta contoh ayat ‘copywriting’ boleh dirujuk sendiri di pelbagai laman sosial atau laman web rasmi Tripfair Travel Sdn Bhd.

  10. Wakil jualan TIDAK DIBENARKAN sama sekali mengubah harga jualan seperti yang ditetapkan oleh syarikat.

  11. Setiap wakil jualan Tripfair Travel wajib menjaga imej produk Tripfair Travel, jenama dan juga nama syarikat.



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi nombor di bawah.

011 2613 3002 (Admin)