Bengkel Melukis komik Haji
BENGKEL KARTUNGOGI KOMIK PENDIDIKAN:
IBADAH HAJI DAN UMRAH
PENGENALAN
Komik boleh dijadikan bahan sokongan pendidikan. Apabila murid belajar mencatat dan menukarkan nota ke dalam bentuk lukisan, ianya dapat memberi gambaran keseluruhan tajuk yang dipelajari. Maklumat berbentuk visual banyak membantu dalam meningkatkan kefahaman.Program ini, memberikan input tentang teknik menghasilkan komik berkaitan pendidikan secara hands-on kepada semua pelajar dan bagaimana menarik minat/mendorong kreativiti pelajar untuk membangunkan satu bahan pembelajaran yang santai.
OBJEKTIF
- Mendedahkan kepada murid mengenai teknik-teknik asas melukis kartun dan komik.
- Memberi peluang kepada murid bagaimana untuk menggabungkan ilustrasi dan informasi ke dalam bentuk komik.
- - Melatih murid untuk menghasilkan komik-komik yang bermanfaat (ilmu).
- Menarik minat dan mendorong murid rasa seronok sewaktu belajar.
PENYERTAAN :
Murid sekolah
rendah & menengah
MASA :
8.30 pagi
hingga 4.30 petang
YURAN
KOMITMEN :
(Termasuk
bahan pembelajaran, makan minum & sijil)
PENGISIAN
Slot 1:
Asas Melukis Kartun
Murid
akan diajar teknik asas lakaran orang lidi untuk mencipta karakter/watak kartun
langkah demi langkah seperti melukis bentuk kepala, sudut pandang wajah, mimik
muka, tangan, kaki & pergerakan.
Slot 2:
Penghasilan Komik
Murid
akan dibimbing teknik asas menghasilkan komik seperti bagaimana mendapatkan
idea, latar belakang, jenis petak & penyampaian dialog.
Konten isinya berkaitan dengan tajuk pembelajaran di sekolah. Murid perlu membawa sebuah buku teks mata pelajaran sebagai rujukan.
TENTATIF
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Mengingat secara
kreatif
9.30 pagi : Asas melukis
kartun: Pembinaan watak/Kepelbagaian rupa/Sudut pandang/Emosi/Bahasa
tubuh/Pergerakan/Perincian
12.30 t/hari : Rehat/Makan tengah hari/Solat
2.00 petang : Tips Memulakan
sebuah karya Komik: Konsep/Tema/Idea/Bahasa/Panel/Dialog/Latar belakang
3.00 petang : Teknik Menghasilkan
Komik Pendidikan: Komik + Nota + Praktis
4.30 petang : Ucapan
penutup/penyampaian sijil/sesi bergambar/bersurai